(VIDEO) Saleem Kecewa Namanya Digunakan Oleh Penyanyi Baru Yang Dikatakan Untuk Raih Populariti
Baru-baru ini menerusi rancangan Melodi di TV3 pada minggu lalu kecoh tentang tindakan saman yang dikatakan akan diambil oleh penyanyi Saleem terhadap seorang penyanyi baru yang sedang meningkat naik kerana kehebatan suaranya.
Saleem dikatakan mendakwa bahawa satu syarikat rakaman dipercayai sering menggunakan namanya untuk tujuan promosi artis lelaki terbaru terbabit. Artis baru yang dimaksudkan adalah anaknya sendiri iaitu Syafiq Farhain yang kini semakin dikenali.
Melalui rakaman video berkenaan, pengurus dan juga isteri kepada penyanyi Saleem itu memaklumkan bahawa Saleem tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan saman terhadap penyanyi berkenaan kerana dikatakan telah menganggu periuk nasi Saleem serta turut menggunakan namanya bagi tujuan memperkenalkan diri penyanyi baru tersebut kepada umum.
Saleem dilihat melahirkan rasa kekecewaannya terhadap tindakan penyanyi berkenaan yang dikatakan sering meniru cara nyanyiannya biarpun telah menegur penyanyi tersebut beberapa kali agar tidak berbuat demikian sebelum ini.
Saleem juga dilihat turut menasihatkan kepada penyanyi tersebut supaya menggunakan bakatnya yang tersendiri serta diminta berhenti menggunakan nama Saleem yang kini masih lagi bergerak aktif sebagai artis.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen dilihat seolah-olah tidak bersetuju dengan kenyataan serta tindakan Saleem yang disifatkan sebagai tidak memberi sokongan terhada anak lelakinya itu.
Terdahulu, Syafiq Farhain menjadi bualan netizen sekitar bulan Februari lalu selepas nyanyiannya jadi tular di media sosial dan turut dikatakan mempunyai suara yang sama seperti ayahnya. - www.koleksiviral.com