Buat bakal-bakal graduan, ini 6 sebab fresh grad susah dapat kerja tahun 2018


Buat bakal-bakal graduan, mungkin ini berita buruk buat anda. Menurut Persatuan Majikan Malaysia (MEF), tahun 2018 adalah tahun yang sukar untuk graduan mendapatkan pekerjaan.

Kebanyakan syarikat kini lebih berhati-hati untuk mewujudkan jawatan baru dan graduan terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan untuk menyara kos hidup.

Ini antara sebab lain bakal graduan sukar untuk dapatkan kerja tahun hadapan.

1. TAHUN 2018 SUKAR BAGI GRADUAN TANPA PENGALAMAN KERJA

Menurut Free Malaysia Today, tahun hadapan adalah tahun yang sukar untuk bakal graduan tanpa pengalaman kerja untuk mendapatkan pekerjaan, lebih-lebih lagi jika inginkan bayaran tinggi. Namun, buat bakal graduan dengan kemahiran IT masih mendapat permintaan.

2. KOS OPERASI MAHAL PUNCA TIADA PELUANG PEKERJAAN

Antara sebab masalah ini adalah kerana kos operasi tambahan yang perlu diambil majikan seperti Skim Insurans Pekerjaan baru (EIS) dan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja swasta tahun hadapan.

3. HANYA 100,000 PELUANG PEKERJAAN DIBUKA TAHUN 2018

Jangan risau keran masih ada peluang kecil menanti kerana 100,000 pekerja akan bersara tahun hadapan pada usia mereka 60 tahun.

4. GRADUAN BERKEMAHIRAN LEBIH DIPERLUKAN

Seorang profesor di Sunway University Business School, Yah Kim Leng bersetuju bahawa individu yang mempunyai kemahiran IT sentiasa diperlukan dalam bidang e-dagang dan ekonimi.

5. SEKTOR AWAM DAN PERBANKAN TIADA PELUANG PEKERJAAN

Seorang pakar ekonomi, Hoo Ke Ping, mengatakan bahawa sektor awam, industri perbankan dan beberapa sektor swasta tidak mempunyai banyak kekosongan.

Sementara itu, industri pembinaan, elektronik dan sektor yang berkaitan dengannya seperti pengangkutan dana simen juga dilihat perlahan.

6. PENIAGAAN FOOD TRUCKS & PENIAGAAN ONLINE LEBIH POPULAR

Kerajaan mengumumkan pinjaman mudah bernilai RM120 juta akan diberikan kepada 1000 food trucks 1Malaysia (FT1M) semasa pengumuman bajet 2018 baru-baru ini.

Ramai ank muda beralih ke bidang perniagaan online kerana dijangka lebih ramai akan menggunakan perkhidmatan shopping online.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel