Setiap negara mempunyai undang - undang tersendiri, ini 7 negara yang mempunyai undang - undang yang pelik.
Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri. Patuh kepada peraturan tersebut walaupun anda tidak biasa, jika anda melawat ke tempat tersebut.
1. Australia
- Hari ahad selepas 12 tghari, dilarang memakai seluar merah jambu di khalayak ramai.
- Hanya juruelektrik yang berlesen dibenarkan untuk menukar lampu.
2. England
- Adalah dilarang untuk membersihkan karpet di jalan. Jika anda masih mahu melakukannya, pastikan ianya dibuat sebelum 8 pagi.
- Adalah dilarang untuk menaiki kereta lembu dari 7 pagi sehingga 10 pagi, kecuali mendapat keizinan polis.
3. Itali
- Sejak 2008, adalah tidak dibenarkan untuk memberi makan burung merpati di St Mark�s Square di Venice kerana mereka memusnahkan monumen dan bangunan bersejarah. Di samping, burung � burung itu membawa penyakit yang merbahaya.
- Di Eboli, pasangan kekasih dilarang untuk bercumbu di dalam kereta.
- Di pulau Capri, memakai kasut kayu yang bising adalah dilarang.
4. Singapura
Di Singapura, sesiapa yang tidak boleh hidup tanpa gula-gula getah akan di denda. Kerana, ianya telah diharamkan disini sejak 1992. Penduduk disini percaya bahawa gula gula getah boleh merosakkan kesihatan dan persekitaran.
5. Kanada
Mengikut undang � undang Kanada, 35% dari semua kandungan yang disiarkan mestilah berasal dari Kanada dari jam 6 pagi hingga 6 malam, Isnin-Jumaat.
6. Jepun
Pada tahun 2008, negara ini memutuskan untuk melaksanakan peraturan saiz pinggang setiap orang di antara 40-74 tahun (tidak lebih daripada 86 cm [33.5 in] untuk lelaki dan 90 cm [35.5 in] bagi wanita). Pada tahun 2015, mereka yang "tidak mematuhi peraturan" akan didenda.
7. India
Melanjutkan topik obesiti, pada 2016 "cukai lemak" dilaksanakan di negeri Kerala. Ia ditetapkan pada 14.5% untuk hamburger, pizza, donat, dan hidangan berlemak lain yang disajikan di restoran.