Anastasia Knyazeva dinobat sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia


Baru berusia 6 tahun, budak perempuan bernama Anastasia Knyazeva dinobat sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia.

Anastasia yang memiliki mata biru kini menjadi rebutan dan telah berlakon dalam banyak iklan berprofil tinggi.


Ibunya, Anna telah membuka akaun Instagram untuk anaknya itu sejak Anastasia berusia 4 tahun. Kini, Anastasia memiliki lebih 1 juta pengikut.

Anantasia kini menjadi wajah jenama sekolah di Rusia iaitu Chobi Kids. Tahun lalu kanak-kanak cantik ini dipilih sebagai Little Miss Aoki untuk jenama gedung fesyen mewah, Mischka Aoki.


Anastasia bakal mengikut jejak bekas kanak-kanak paling comel di dunia, Thylane yang berasal dari Paris.

Thylane kini berusia 16 tahun dan menjadi duta untuk L�Oreal Paris� serta memperagakan pakaian Michael Kors� dalam pertunjukan Minggu Fesyen New York.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel