Banyak lagi rupa atau bentuk haiwan yang ada di dunia ini, ini 4 jenis haiwan sukar ditemui


Kebanyakkan spesies haiwan yang banyak terdapat di dunia mungkin merupakan haiwan yang mudah ditemui..Namun, haiwan-haiwan yang berada di tempat-tempat tersembunyi seperti di dalam tanah, gua, hutan atau lautan, walaupun tidak comel, ia mungkin menjadi sejenis haiwan yang paling sukar ditemui di dunia..Nak tahu apa rupa haiwan tersebut.

1. Solendon


Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba . Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus kasturi. Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun. Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak makhluk ini, kerana mereka suka menggigit manusia.

2. Kakapo


Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak boleh terbang di planet ini, sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan perjalanan yang jauh melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu mencapai berat sehingga 8kg.

3. Olm


Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah, terutama di kawasan Itali. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular kecil. Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai pendengaran dan deria bau yang sangat tajam.

4. Addax



Jenis kijang ini sangat jarang ditemui di gurun Sahara. Spesies ini memiliki gigi persegi seperti lembu. Juga, tanduk spesies ini sangat panjang dan melengkung.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel