Kulit bersih lahir dari penjagaan wajah yang betul, ini 4 kaedah asas untuk menjaga kulit muka.

Image result for washing face

Kaedah asas sebelum solek penting bagi memastikan wajah terhindar daripada kotoran yang boleh menyebab�kan jerawat, jeragat, bintik hitam dan sebagainya. Malah, jika anda amalkan asas ini, solekan pasti kekal cantik pada wajah sepanjang hari.

1. Cucu muka

Sama ada lelaki atau perempuan, kita pasti tahu mencuci muka adalah rutin yang perlu dilakukan untuk membuang kotoran di kulit wajah. Pertama sekali bagi si gadis pastikan anda mencuci wajah menggunakan pencuci sesuai dengan kulit sebelum memulakan solekan. Begitu juga bagi lelaki, cuci muka terlebih dulu sebelum meletakkan sebarang krim atau bedak asas pilihan anda.

2. Guna scrub

Menggunakan skrub secara berkala adalah perlu untuk proses pengelupasan kulit. Ini kerana ia akan membuang sel kulit mati sepenuhnya sebelum memulakan solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada wajah dan leher. Mahukan hasil terbaik? Bilas dengan air suam.

3. Serum

Mencuci akan menghilangkan minyak dan menjadikan wajah kering. Untuk seimbangkan kembali, sapukan serum wajah terlebih dulu sebelum menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

4. Pelembab wajah

Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapan. Pelembap kulit boleh membuatkan lapisan muka lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang me�ngandungi pelindung SPF iaitu mampu menghalang sinaran cahaya matahari. Impak menggunakan pe�lembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dengan membuat kaedah urutan. Ini kerana serapan pelembap lebih cepat dan pantas berbanding sapuan biasa.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel