Ramai yang tertanya-tanya macam mana perkahwinan orang dulu tahan lama, ini jawapanya


Mesti ramai yang tertanya-tanya macam-mana perkahwinan orang dulu-dulu tahan lama, walaupun tak pernah berjuma sebelum bernikah?

Jika dibandingkan dengan sekarang, isu penceraian dah macam perkara biasa dalam kehidupan seharian.

Jadi bagaimana perkahwinan orang dulu-dulu boleh bertahan? Jawapan yang diberikan oleh seorang ibu Salbiah Wir, dari Kota Singa kepada anaknya ini mungkin anda dah selalu dengar.

Tapi renung-renung kembali jika anda ingin miliki rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat.

1. PERKAHWINAN DULU TAK ADA CINTA/DATING

Ramai yang mudah jemu bila bercinta. Kebanyakan anak muda sekarang bercinta sebelum kahwin. Tapi sebenarnya bercinta selepas kahwin lebih indah dan rasa cinta lebih kuat.

2. ORANG DULU BERKENALAN DENGAN SAUDARA MARA LEPAS SANDING BUKAN PERGI HONEYMOON

Kalau nak rumahtangga bahagia, tambat hati keluarga pasangan barulah aman hingga ke akhir hayat. Orang sekarang lepas kenduri je terus pergi honeymoon. Sampai saudara belah pasangan pun tak kenal. Habis buruk imej.

3. NAK BAHAGIA BUKAN SENANG KENA ADA 3 PERKARA INI

Tambah wanita berkenaan, nak cari bahagia rumahtangga bukan senang. Kena ada 3 perkara ini iaitu sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang). Tiga perkara ini kalau kita ada, insya-ALLAH aman rumah tangga.

4. INGAT ALLAH KERANA DIA BERI KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

Anak muda sekarang lebih mengejar dunia dari akhirat. Ingat pada ALLAH kerana Dia yang memberi kebahagiaan itu. Kalau dah datang bahagia, jangan abaikan. Rumah tangga kita itu, jagalah baik-baik.

5. TIADA CAMPUR TANGAN IBU BAPA

Sekarang ni ramai ibu bapa jadi penasihat dalam rumahtangga anak-anak. Kalau boleh, ibu bapa hanya beri nasihat, tak perlu campur urusan rumah tangga anak-anak. Ia hanya memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan perceraian.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel