Satu sindiket yang beroperasi di Puchong, Selangor, menjual transkrip akademik palsu kepada orang ramai


Satu sindiket yang beroperasi di Puchong, Selangor, menjual transkrip akademik palsu kepada orang ramai, menurut satu pendedahan yang dibuat oleh China Press baru-baru ini.

Seorang wartawan dari akhbar itu menyamar sebagai pembeli dan menghubungi sindiket itu yang secara terang-terangan mempromosikan perkhidmatannya di Facebook.

Sindiket tersebut menawarkan sijil palsu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan SEGi College.

Hasil risikan mandapati, sijil diploma dari UiTM dijual pada harga RM1,000, manakala sijil ijazah Sarjana Muda pula dijual dengan RM2,000. Bagi sijil diploma dari SEGi College pula dijual dengan harga RM2,000, untuk sijil Ijazah Sarjana pula pada harga RM3,000.

Sijil palsu yang dijual oleh sidiket itu juga didatangkan dalam dwi bahasa dan turut mempunyai cop sah dari institusi tersebut serta tandatangan dari Canselor.

Pelanggan boleh memilih daripada 30 program yang ditawarkan dan sijil palsu tersebut akan diterima dalam masa dua hari. Proses fabrikasi hanya memerlukan masa dua jam dan pakej akan dihantar melalui pos.

Pelanggan turut diberi amaran bahawa sijil palsu tersebut hanya boleh diguna pakai baik untuk pekerjaan di sektor swasta.

�Ini kerana sektor kerajaan sangat ketat, mereka melihat segala-galanya. Anda perlu tahu sijil akademik anda itu palsu dan tiada dalam sistem,� kata sindiket itu lagi.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel