Setiap buah mempunyai khasiat masing - masing, ini 6 khasiat buah avocado.

Related image

Buah avokado sudah diketahui mahal harganya tapi jika dilihat senarai khasiatnya ternyata berbaloi membelinya. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja atau dijadikan hidangan pencuci mulut buah ini turut mempunyai kelebihan untuk kesihatan. 

1. Mengawal tekanan darah 

 Avokado merupakan sumber besar kalsium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2. Cegah katarak 

Buah ini adalah mempunyai sumber lutein karotenoid yang sangat baik, di mana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada katarak.

3. Melindungi daripada kanser 

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4. Hindari nafas berbau 

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5. Anti penuaan 

Buah ini kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

6. Kulit berseri 

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel