Setiap makanan ada khasiat tersendiri, ini 5 khasiat minyak ikan yang berguna untuk kita.
Berikut adalah khasiat -khasiat minyak ikan:
1. ADHD
Universiti Selatan Australia telah melakukan satu kajian, di mana menggabungkan minyak ikan dengan evening primrose oil boleh mengurangkan simptom ADHD. Menurut pengkaji, �minyak ikan dipercayai boleh memperbaiki fungsi otak. 60% dari otak adalah daripada lemak, dan perlukan omega-3 dan omega-6. Ini mesti diperoleh melalui pemakanan seperti sayuran hijau, kekacang dan minyak ikan.�
2. Keresahan (Anxiety)
Jurnal Neurosains Eropah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan boleh mengurangkan kesan keresahan dan kemurungan ke atas tikus makmal. Kesan minyak ikan terbaik jika diambil semasa peringkat pertumbuhan dan perkembangan otak. Oleh itu, para ibu bapa disarankan untuk memberi anak-anak mengambil minyak ikan atau supplement omega-3.
3. Arthritis
Satu kajian yang ingin mengetahui bagaimana kesan daripada mengambil minyak ikan dan minyak biji borage dalam merawat pesakit rheumatoid arthritis. Didapati bahawa semua kumpulan (1 kumpulan ambil minyak ikan, 1 kumpulan ambil biji borage, dan 1 lagi ambil kedua-duanya), mengalami peningkatan yang sangat baik.
4. Penyakit Alzheimer
Penyakit Alzheimer sangat berkait dengan otak. Dan sudah beberapa tahun kajian dilakukan dengan menggabungkan penggunaan minyak ikan ke atas pesakit Alzheimer. Hasilnya, sangat memberansangkan. Dimana fatty acis yang terdapat di dalam minyak ikan bukan sahaja boleh memperbaiki sistem saraf, bahkan mencegahnya jika diambil pada masa muda.
5. Kanser
Minyak ikan sudah diyakini mampu mencegah beberapa jenis kanser termasuklah kolon, prostat dan payu dara. Ia bukan sahaja boleh membantu ubatan kanser yang sedia ada, bahkan ianya sendiri boleh mencegah kanser-kanser tersebut. Menurut satu kajian di Taiwan, menyatakan bahawa EPA dan DHA adalah fatty acid utama dalam minyak ikan yang mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu, kajian di negara Czeh juga mengeluarkan kenyataan bahawa kandungan DHA di dalam minyak ikan boleh mencegah daripada perbentukan kanser kolon.