Mee Hoon Goreng Cili Kering Simple dan Sedap
Sebetulnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi. Bila kita dilahirkan dengan ada kekurangan dan kelemahan pun, ada sebabnya. Bila kita tidak secantik artis artis pun ada juga sebabnya.
Dah lama saya melihat perkara ini. Memang kesian kerana mungkin dia masih belum diberi hidayah. Umur dah hampir umur persaraan, tapi masih memakai skirt. Kenapa jadi begitu? Mungkin kerana dia menpunyai betis yang cantik gebu dan putih melepak. Semoga dia diberikan hidayah. Kuatir kalau kita didakwa kerana tidak menegurnya.
Jadi apa pun yang kita ada hari ini, cuma perlu bersyukur. Kalau pun tidak cantik, mungkin kerana Allah memudahkan kita untuk menutup aurat. Kalau pangkat tidak tinggi pun bersyukur kerana mungkin Allah tidak mahu kita banyak menjawab di akhirat kelak bila kita tidak memimpin dengan tidak adil. Pemimpin kena juga fikirkan periuk nasi orang bawahan. Jangan kita sahaja yang mahu kenyang. Yang bawahan, pula kena yakin rezeki dari Allah, manusia hanya lah penyebab sahaja.
Kalau kita tidak kaya hari ini, mungkin kerana kita akan jadi sombong dan riak bila harta melimpah ruah. Semuanya ada sebab dan hikmah. Bersyukurlah kita dengan apa yang kita miliki hari ini. Jom sama sama kita mengucap syukur seketika.

Boleh klik entri mee hoon goreng cili kering yang saya sediakan sebelum ini di SINI. Saya sedikan mee hoon yang simple dimple tapi sangat sedap ini kerana gambar dalam entri sebelum ini tidak berapa cantik. Gambar yang diambil waktu malam.
Jadi saya sekali lagi mencuba resepi ini untuk menjamu kakak saya dan anak anak datang ke rumah untuk menziarah cucunda saya, Ammar yahya. Saya juga ikut sekali makan sehingga menambah nambah 3 kali sebab rasanya sangat sedap. Termasuk bakul dan angkat sendiri pulak sekejap. Sedap makan mee hoon simple macam ni, tak perlu sos tiram dan kicap bagai. Kalau nak tahu bagaimana sedap, kenalah cuba sendiri.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 1/2 pek mee hoon rice vermicelli
4 ikat sayur Bok Choi
5-6 ekor sotong - atau apa yang disukai
3 - 4 biji telur
3 keping fish cake - opsyenal
2 sudu besar cili kering kisar - boleh tambah jika suka pedas
1-2 sudu sos tomato - opsyenal
Garam
1 biji buah tomato
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
7-8 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
Bahan hiasan:
1 tangkai cili merah
Daun bawang
Bawang goreng
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kering sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak dengan api perlahan.
Masukkan sedikit garam dahulu dan juga sedikit sos tomato. Boleh masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan fish cake dan kacau rata. Masukkan sotong dan kacau seketika sahaja. Terus masukkan batang bok choi.
Masukkan mee hoon yabg telah direndam dan kacau rata. Masukkan daun Bok Choi dan kacau lagi.
Ketepikan bahan dan tuang telur. Biar telur agak mengeras sedikit, baru dikacau bersama dengan mee hoon.
Masukkan garam secukupnya, buah tomato dan cili merah. Kacau sehingga mee hoon kelihatan berkilat dan berminyak. Bolehlah tutup api.
Sewaktu dihidangkan, tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.
Nota:
Untuk melihat cara penyediaannya, boleh lihat di Azie Kitchen youtube channel di SINI.