Resepi Black Pepper Sauce Premium


Resepi Black Pepper Sauce Premium


Guys korang boleh cuba resepi nie untuk berniaga,Boleh je nak guna meatball ke chicken grill ke chicken chop ke, insyaAllah laku habis. Rasa resepi kuah ni setanding meatball ikea, me’nate dan jahhet dan lain-lain kedai yang mahal kat luar sana.


Bahan-Bahan:

2 sudu besar Butter

1 biji Bawang Holand (potong dadu)

2 sudu besar Tepung Gandum

2~3 cawan Air

5 sudu besar Kicap Manis

1 sudu besar Sos Tiram

1 sudu besar Black Pepper

1 kiub Pati Ayam

500ml Susu Full Cream

Garam & Gula (secukupnya)

Meatball & fries


Cara Membuat:


1. Okey gais, mula-mula kita akan cair kan butter. Kemudian masukkan bawang holand dan tumis sehingga wangi dan perang.

2. Kemudian boleh masukkan tepung dan tumis sebentar, kemudian masukkan 2 cawan air. Kacau sehingga sebati, kemudian boleh masukkan kiub pati ayam, black pepper, sos tiram, dan kicap manis.

3. Seterusnya kite akan kacau sehingga sebati, dan boleh tutup api sementara untuk kite pergi blend pula semua bahan yang kite masak tu.

4. Masukkan perlahan-lahan sos kite ke dalam blender, kemudian kite blend sehingga hancur semuanya. Nie untuk dapatkan texture yang smooth waktu kite nak makan nnti.

5. Lepas dah blend, boleh tapis dan masukkan semula ke dalam kuali kite. Keladak-keladak yang kite tapis tu kite boleh buang sahaja. Kemudian biarkan sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

6. Pastu boleh la kite masukkan Susu Full Cream dan kacau sebati. Kemudian kite rasa terlebih dahulu kuah kita untuk kite sukat banyak mana garam dan gula yang kite perlu tambah.

7. Masukkan sedikit demi sedikit garam dan gula agar kuah kite tidak terlalu masin. Jika dah sempurna, boleh la tutup api dan maka dari itu siap lah kuah Premium Black Pepper Sauce kite.


Silakan share jika bermanfaat untuk semua.




Resepi Oleh: Ahmad Ilmi Ghazali

 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel