Resepi Belebak Ubi Stelo

 


Belebak Ubi Stelo
 
Ada yang pernah makan tak? Kuih ni sedap dia xleh bawak bincang.Ramai yg nak resipi...ni saya sertakan ya.

Bahan-bahan:
Keledek setengah kg, dikupas dan potong dadu...kemudian rebus sehingga empuk dgn sehelai daun pandan dan sedikit garam...bila dh masak, toskan dan ketepikan dulu
2 cawan Tepung beras 
4 cawan Santan pekat 
1 cawan Gula (suka manis tambah lagi)
Secubit garam
2 helai daun pandan simpul
Daun pisang secukupnya

Cara-cara:
Campurkan semua bahan diatas ke dlm satu bekas...kecuali daun pandan dan daun pisang...kacau sehingga gula larut.
Kemudian, masukkan ke dlm kuali atau periuk bahan2 yg telah dicampurkan tadi bersama daun pandan...kacau diatas api perlahan2 sehingga jadi pekat dan likat...
Kemudian masukkan ubi yg telah direbus tadi dan kacau lagi sampai masak tepung tu....tutup api dan sejukkan sebentar.
Setelah sejuk...bungkus dlm daun pisang dan kukus 10 minit...Dah siap 




Resepi Oleh: Emi Sabrina


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel