Resepi Biskut Semperit Susu
Resepi Biskut Semperit Susu
Bahan-bahan:
125g butter / marjerin
Susu pekat 1/4 cawan
Tepung jagung 2 1/2 cawan
Cara-cara:
Susu pekat + butter/marjerin gaul hingga sebati. Guna senduk je. Kemudian masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Adun hingga tidak melekat dijari.
Kemudian, tekap ikut acuan pecahan yang anda suka. Biarkan selama 20-30 minit sebelum dibakar. Bakar ikut kesesuaian oven masing2. Oven saya suhu 130'c selama 35-40minit.
Selamat mencuba..
Kredit Resepi : nadia khalid ned