Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-sekolah Agama Pahang (MASISUPA) kali ke-29 telah berlangsung dengan jayanya pada 25,26 & 27 Januari 2013 di Sekolah Menengah Agama Al-Attas dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan. Pelbagai acara ilmiah dan sukan yang telah dipertandingkan dan MTNP telah menyertai semua acara pada tahun ini.
Tahun ini merupakan tahun bersejarah bagi MTNP kerana telah menjadi juara keseluruhan Zon 1 dan berjaya mengalahkan empat buah sekolah agama lain iaitu SMA AL-Attas, SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMA Rompin dan SMA Bukit Ibam. Tahniah buat semua peserta dan tenaga kerja yang terlibat dalam menjayakan MASISUPA pada kali ini. Berkat doa, kesabaran dan segala susah payah telah diberkati oleh-Nya...jazakallahu khairan... TAHNIAH MTNP!!!
PASUKAN BAHAS MTNP YANG KOMITED
ANTARA PELAJAR YANG TERLIBAT
PASUKAN BAHAS MTNP MASIH MENGEKALKAN KEJUARAAN 2 TAHUN BERTURUT-TURUT. ALHAMDULILLAH :)