"Berita Baik Buat Pengguna Dan Penjual Vape, Kerajaan TAK HARAMKAN Vape" - Ismail Sabri

"Berita Baik Buat Pengguna Dan Penjual Vape, Kerajaan TAK HARAMKAN Vape" -  Ismail Sabri


Menteri, Ismail Sabri hari ini membawa berita baik buat pengguna dan juga penjual vape apabila mengumumkan kerajaan tidak akan mengharamkan vape.

Kabinet pada Jumaat memutuskan untuk tidak mengharamkan rokok elektronik atau vape.

Ini tulisnya:

"Ini berita baik kepada pengguna vape, pembuat perisa vape dan penjual vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape. Terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi belia,"

Sebelum ini, Menteri Kesihatan mempertimbangkan untuk mengharamkan vape.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementeriannya sedang meneliti daripada sudut undang-undang untuk mengguna pakai pelbagai akta sedia ada bagi membolehkan tindakan tersebut dilaksanakan.

Namun Ismail Sabri mengumumkan 4 point kenapa vape tidak perlu diharamkan.

Ini komennya lagi:

Kenapa vape saya anggap sebagai kehendak & aspirasi anak muda? Disini saya gariskan fakta-fakta supaya kita semua faham situasi dan lebih terbuka dalam isu ini.

1. Dianggarkan 1 juta orang muda terlibat dengan vape.

2. Ramai orang muda yang terlibat dengan perniagaan vape seperti retailers atau distributers. Jika diharamkan maka tutuplah perniagaan mereka. 95 peratus pula peniaga adalah anak-anak muda Melayu!

3. Pengeluar perasa vape punya potensi yang besar kerana ada yang dieksport ke China. Mereka ini terdiri dari anak-anak muda Melayu kita.

4. Selain dari itu jika dari segi kajian vape hanya 5 peratus sahaja bahayanya jika dibandingkan dgn rokok, kenapa kita nak haramkam vape & tetapi tidak rokok yang nyata lebih bahaya kepada kesihatan kita?

Katakan tidak kepada rokok & sokonglah minat orang muda selagi ia memberi faedah dan manfaat secara langsung dalam kehidupan mereka



Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel