"Tak Malu Ke Ada Anak Cacat, Macam Alien"
"Tak Malu Ke Ada Anak Cacat, Macam Alien"
Seorang wanita bermulut celupar bernama Farah Ain Nabila menjadi perhatian apabila tindakannya menghina anak orang yang mempunyai sedikit kecacatan tersebar di laman sosial.
Wanita ini pada mulanya bertanya kepada ibu keadaan anaknya, dan tiba-tiba menghina kanak-kanak yang tidak berdosa ini yang mengalami sedikit ketidaksempurnaan di bahagian cleft nya.
Kanak-kanak ini mempunyai masalah cleft lip dan palate yang mana ketidak sempurnaan di bahagian bibir dan langit-langit dalam mulut.
Ini perbualannya:
Ini luahan ibu kanak-kanak itu:
"Allah, apa motif dia yang sebenarnya ini? Dia sendiri yang unfriend Nee, tiba-tiba dia add Nee balik. Siap mesej yang bukan-bukan pula tu. Cakaplah apa yang awak nak cakap, Nee tak kisah. Nanti awak letih, awak diamlah. Tak guna melayan manusia seperti ini. Buat sakit hati saja. Beruntungnya hari ini mendapat pahala free,"
"Ada orang cakap anak ibu cacat, muka macam alien. Allahuakbar. Hati ibu mana yang tak sedih dan terkilan bila permata hati dia dihina orang. Apalah salah budak ini. Tak kisahlah dik orang nak kata adik macam-macam. Walau macam mana pun rupa adik, ibu, ayah, oma, bunda dan abang-abang tetap sayangkan adik. Tabah ye dik. Ibu tahu adik seorang yang kuat,"
Sememangnya bodoh betul wanita yang menghina ini. Itu sahaja yang admin boleh katakan.