Novel Hai Cinta ! Karya Penulis Isya Humaira

? Assalamualaikum ?

Novel Hai Cinta ! Karya Penulis Isya Humaira | Novel ini mengisahkan konflik percintaan yang tak direstui oleh keluarga. Ini kerana perbezaan taraf yang menjadi ukuran. Melalui sinopsis ringkas yang dipernyatakan, krisis percintaan yang dihalang oleh keluarga...Hanya kerana satu rahsia.....

Novel yang penuh dengan isu keluarga...pencintaan yang dihalang oleh keluarga...bersatu kah mereka akhir.....jom dapatkan novel Hai Cinta ! di laman kakinovel.my



HAI CINTA!
No. ISBN:- 978-967-0448-70-1
Jumlah muka surat:- 464
HARGA SEMENANJUNG: RM20, AHLI KN: RM16
HARGA SABAH/SARAWAK: RM23, AHLI KN: RM19
Sinopsis:-
Takdir menyatukan Rania dan Adham di bawah satu bumbung sebagai bos dan PA. Bagi Rania, semua peristiwa malang yang terjadi padanya bagaikan dirancang oleh Adham, walaupun hatinya kuat mengatakan itu mustahil! Dalam benci ada sayang, dalam ego ada cinta!
Kasih yang berputik dirembat rakus oleh rahsia yang bertahun disimpan oleh Tengku Tirmizi. Demi kasih yang mendalam terhadap sahabatnya, (Tengku Ain) Rania membiarkan pasangan sama darjat itu diijabkabulkan. Adham pasrah dengan ketentuan Ilahi. Jika benar Rania ditakdirkan untuknya, pasti akad yang dilafazkan terselit nama gadis itu di bibirnya.
Rania pasrah kerana amat mustahil untuk dirinya bersama Adham setelah rahsia daripada Tengku Tirmizi terbongkar. Bagi Datin Zahidah dan Datin Saleha, Tengku Ain dan Tengku Adham harus disatukan! Demi menghalang Rania, Rania harus hilang!
�Andai diberi pilihan, aku pilih untuk tidak mengenalimu daripada aku harus melupakanmu�.�

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel