Pemain Dram Flop Poppy Tiada Tempat Tinggal, Anak Pula Derita Sakit Usus

Pemain Dram Flop Poppy Tiada Tempat Tinggal, Anak Pula Derita Sakit Usus


Melalui laporan mStar, bekas pemain dram Flop Poppy iaitu Azman Ismail memohon bantuan bagi menjalani kos perbelanjaan rawatan dan pembedahan anaknya yang mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.

ANAK ADA MASALAH USUS

Anak Azman yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan mempunyai masalah usus tidak bersambung dan perlu membuat pembedahan selepas usia bayi tersebut mencecah tiga bulan.

Ini komennya:

"Anak saya mengalami masalah usus kerana usus besarnya tidak bersambung dan harus dibedah dalam tempoh umurnya berusia tiga bulan.

"Buat masa sekarang doktor telah menebuk perut anak saya bagi mengeluarkan najis dari perutnya,"

Bagaimanapun, Azman berkata, pihak hospital masih belum memberitahu kos yang diperlukan untuk pembedahan usus tersebut.

Tambahnya, selain kos pembedahan, dia turut memerlukan kos perbelanjaan dan rawatan harian untuk anaknya yang kini memerlukan dia berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

PENDAPATAN TAK DAPAT TAMPUNG

Lebih perit lagi, pendapatannya sebagai seorang pemuzik jalanan (busker) selepas empat tahun kumpulan Flop Poppy dibubarkan tidak cukup menampung kos kehidupan keluarga mereka.

Katanya, dia kini terpaksa berpindah ke sebuh hotel bajet berhampiran dengan HKL bagi memudahkan mereka untuk ke hospital.

Ini komen Azman lagi:

"Selepas Flop Poppy dibubarkan, saya hanya jadi busker di sekitar Kuala Lumpur, jadi pendapatan tidak menentu, isteri saya yang dulu bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak kami.

"Saya kini pindah berhampiran HKL supaya senang kami ulang alik dan disebabkan saya tiada pendapatan tetap dan memerlukan sejumlah wang deposit memasuki rumah baru, saya terpaksa tinggal di hotel bajet buat sementara,"

Azman mendirikan rumah tangga dengan Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Azman berkata, bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi nombor 011-11906910.

Sumber: mStar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel