11 GAMBAR: Lelaki Bina Negara Sendiri, Zaqistan
Lelaki Bina Negara Sendiri, Zaqistan
Seorang lelaki bernama Zachary ("Zaq") Landsberg yang ingin mempunyai negara sendiri telah membina sebuah negara yang diberi nama Republic Of Zaqistan yang terletak di Utah.
Zaq Landsberg turut mencipta bendera negara Zaqistan yang berwarna kuning merah serta mempunyai pasport rasmi serta pintu sempadan.
Ini komen Zaq Landsberg :
"Matlamat konsep ialah saya mahu ia menjadi sebuah negara yang sebenar.
"Maksud saya, matlamat yang tidak akan berlaku. Ia adalah mustahil, tetapi melalui usul, (saya) cuba untuk memastikan ia akan berlaku,"
"Di sini, tiada yang gila untuk mempunyai idea untuk mempunyai kawasan sendiri, dan buat apa yang dikehendaki dan mempunyai ruang dan privasi untuk melakukan perkara itu,"
Walau bagaimanapun, Zaqistan kini hanya dikenali sebagai micronation dan belum diiktiraf sepenuhnya.
Landsberg mengakui tanah seluas 4 ekar itu tidak akan benar-benar menjadi sebuah negara yang diiktiraf namun apa yang penting buatnya adalah mahu menjadikan negara kecilnya itu kelihatan sah seperti mempunyai pasport sendiri yang dicop kepada semua pelawat yang keluar masuk ke negara itu.
Zaq Landsberg turut membayar cukai kepada majlis perbandaraan Box Elder County, Utah. Amerika Syarikat.
Di kawasan ini terdapat pelbagai arca yang menarik yang dibuat sendiri oleh Zaq Landsberg.
Ini beberapa gambar: