Padah Hina Polis Trafik Wanita Di Facebook
Padah Hina Polis Trafik Wanita Di Facebook
Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Teluk Sisek, Kuantan, kurang sejam selepas selepas memuat naik status menghina polis trafik wanita.
Lelaki itu yang berusia 23 tahun sebelum itu telah disaman dalam satu sekatan jalan raya atas kesalahan mengubahsuai ekzos kereta oleh seorang anggota polis trafik wanita.
Ini komen Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh:
"Suspek yang memandu kenderaan Proton Satria Neo bagaimanapun dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan telah memuat naik status menghina anggota polis wanita berkenaan dalam laman sosial tersebut.
"Tindakan itu kemudiannya disedari oleh salah seorang anggota polis dan telah memaklumkan perkara itu kepada anggota polis trafik wanita berkenaan, "
Suspek yang berasal dari Permatang Badak sekali lagi melalui sekatan jalan raya tersebut dipercayai untuk pulang ke rumahnya dan telah ditahan pihak polis mengikut Seksyen233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kita akan menyerahkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Malaysia) untuk tindakan lanjut,"
Dalam masa yang sama Abdul Aziz turut menasihati pengguna laman sosial supaya tidak memuat naik kata-kata kesat atau komen menghina pihak berkuasa untuk mengelakkan mereka dikenakan tindakan.
Sumber- Bernama