Ini Respon Ummi Nazeera Apabila Bapanya Didapati Bersalah Dan Dipenjara

Ini Respon Ummi Nazeera Apabila Bapanya Didapati Bersalah Dan Dipenjara


Pelakon Ummi Nazeera kini menjadi perhatian setelah bapanya didapati bersalah dan bakal menjalani hukuman penjara.

Kes ini melibatkan kedua orang ibu bapanya, di mana bapanya telah didakwa menggunakan dokumen palsu bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd, daripada ibunya.

Ini laporan penuh dari The Rakyat Post:

Bapa Ummi Nazeera, Datuk Zainulabadin dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, 9 tahun lepas.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Namun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai namun menaikkan wang jaminan daripada RM200,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin.

Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A�khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Hakim Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziah) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan.

Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Terdahulu, Maziah memberitahu mahkamah bahawa kesan daripada tindakan tertuduh menyebabkan beliau hilang hak sebagai pengarah dan juga pemegang saham bagi syarikat tersebut.

Selepas keputusan dibacakan, ibu Ummi iaitu Datuk Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Ummi Nazeera memberitahu pemberita beliau bersyukur dengan keputusan tersebut dan menyatakan segala keperitan ibunya telah berakhir.

�Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,� kata Ummi.


Ini Respon Ummi Nazeera Apabila Bapanya Didapati Bersalah Dan Dipenjara. Hopefully, this entry provides useful knowledge to you.
Ini Respon Ummi Nazeera Apabila Bapanya Didapati Bersalah Dan Dipenjara Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Shainginfoz