Subramaniam Tutup Mulut: Jawatankuasa Khas Vape Ditubuhkan

Subramaniam Tutup Mulut: Jawatankuasa Khas Vape Ditubuhkan


Isu vape kini semakin mendapat perhatian kerajaan. Satu jawatankuasa khas vape ditubuhkan bagi menjawab segala isu berkenaan mekanisme kawalan dan penguatkuasaan penggunaannya.

Ini sekaligus menyebabkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam akan menutup mulut dan tidak lagi akan menjawab senarang persoalan tentang isu vape ini.

Subramaniam berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noorhisham Abdullah.

Ini komen Menteri Kesihatan:

"Turut serta dalam jawatankuasa itu ialah Timbalan Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman; Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Chong Chee Keong bersama beberapa pakar daripada bidang respiratori.

"Saya tidak akan menjawab lagi persoalan mengenai isu vape kerana kita telah tubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai hal ini.

"Penubuhan jawatankuasa ini bagi mengelak sebarang percanggahan pendapat dalam kalangan kementerian selain membolehkan usaha kawalan vape dilakukan secara menyeluruh,"

Sumber: Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel