Viral buaya di pantai Tanjung Aru tidak benar.

Kickbola.net Pihak berkuasa hari ini menafikan gambar buaya yang tersebar di laman sosial dirakam di perairan Tanjung Aru. Penyebaran info melalui WhatsApp mengenai " Buaya Timbul Di Kawasan Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu " adalah PALSU. Akhbar Sinar Harian melaporkan kejadian tersebut berlaku di Australia.
Viral buaya di pantai Tanjung tidak benar.

TANJUNG ARU � Pihak berkuasa hari ini menafikan gambar buaya yang tersebar di laman sosial dirakam di perairan Tanjung Aru.

Gambar kononnya buaya ditemui di Pantai Tanjung Aru adalah tidak benar, sebaliknya gambar itu berlaku di Australia pada tahun 2014.


Mungkin kerana terlampau mahu jadi yang pertama menyebarkan berita, golongan seperti ini tidak menyemak terlebih dahulu kesahihan info. Mungkin juga mahu cepat jadi femes.

Nah, Admin kasi femes kau... Si Penyebar Berita Palsu

salam...untuk makluman kepada sesiapa yg hendak bercuti di Tg.Aru Beach K.kinabalu mandi laut di harap berhati-hati...

Posted by Mhadz Putal Ellam on Saturday, November 7, 2015


**Pada minggu lalu juga berita palsu yang sama tersebar kononnya berlaku di Pantai Port Dickson.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Izwan Md.Said berkata, gambar tersebut dipercayai gambar dari luar negara dan telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab dan disebarkan di media sosial.

Menurutnya, walau bagaimanapun, pada 2 November lalu di antara jam 10 pagi ke 12 tengah hari, bomba telah menerima panggilan kecemasan ada pelancong yang melihat objek menyerupai seekor buaya di perairan di Port Dickson.

�Bomba melakukan operasi mencari namun tidak mengesan sebarang kehadiran haiwan berkenaan,� katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mohd Izwan menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti rekreasi di air.


Sejak malam tadi, viral di laman sosial mengatakan ada orang awam melihat seekor buaya timbul di perairan Batu 5 Port Dickson.


salam...untuk makluman kepada sesiapa yg hendak bercuti di port dickson mandi laut di port dickson harap berhati-hati...
Posted by Mohd Taufik Dalib on Saturday, November 7, 2015


Menurut cerita yang diviralkan itu, panjang buaya berkenaan adalah 10 kaki (3meter) dan Polis Marin sedang melakukan pemantauan di kawasan yang dimaksudkan.

Perkara ini diviralkan berserta dengan gambar seekor buaya di dalam laut.


Turut menjadi viral adalah penafian mengenai gambar itu yang dikatakan dirakam di perairan Australia pada tahun 2014.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel