Guru Korea Yang Terlalu Cantik, Pelajar Rajin Ke Sekolah!

Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup �rajin� menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.

Lee Nayeong

Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di �negara kimchi� berkenaan.

Lee Nayeong [2]

Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya �menggetarkan jantung� para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.

Lee Nayeong, sepatutnya menjadi seorang artis hiburan berbanding berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu cantik ini �dinobatkan� sebagai antara tenaga pengajar paling cantik di Korea Selatan.

Lee Nayeong [3]
Selama ini, kecantikan gadis Korea selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah yang terbaik di dunia.

Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan semulajadi sejak kecil sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki �suka� memandang wajahnya yang cantik secara semula jadi itu.

Lee Nayeong [4]

Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan terkenal, Miss Korea.

Lee Nayeong [5]

Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh �negara ginseng� berkenaan. �Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: 10 Pelakon Wanita Korea Paling Popular 2015

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel