Kadar Tol PLUS Akan Naik 5 Peratus Bermula Tahun 2016

Kadar Tol PLUS Akan Naik 5 Peratus Bermula Tahun 2016


Timbalan Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shrilin berkata kesemua lebuhraya di bawah PLUS akan mengalami kenaikan sebanyak 5% bermula dari tahun hadapan sehingga 2038.

Datuk Rosnah menjelaskan kadar tol Jamabtan Pulau Pinang terkecuali dan kadar yang sedia ada akan kekal sehingga 31 Disember 2018.

Ini komennya:

�Perjanjian terkini juga menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsensi pada 31 Disember 2038,�

Itulah kata Datuk Rosnah di dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang meminta penjelasan sama ada benar atau tidak kenaikan tol akan berterusan sehingga 2038.

Rosnah berkata berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi semula lebuh raya PLUS bagi tempoh lima tahun sehingga 2015, lapor FMT.

Kenaikan kadar tol bagi pihak PLUS sebelum tahun 2011 adalah sebanyak 10 peratus bagi setiap tiga tahun.

�Bagaimanapun kerajaan akan menyemak dahulu permohonan PLUS untuk kenaikan tol dengan memgambil kira �consumer price index (CPI) dan ini bermakna tiada kenaikkan secara outomatik untuk PLUS,� katanya.

Lebuhraya yang terlibat ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan Dua, Lebuhraya Seremban-Port Klang, Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan, Lingkaran Kedua Malaysia-Singapura dan Lebuhraya Butterworth-Kulim.

Sumber: SiakapKeli / FMT

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel