Ini Komen Abang Sulung Yus Jambu, Jaafar Endoo
Ini Komen Abang Sulung Yus Jambu, Jaafar Endoo
Yussry Edoo ataupun Yus Jambu telah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang semalam, di tanah perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong.
Berita pemergian Yus Jambu sememangnya amat mengejutkan orang ramai dan ribuan orang ramai hadir di pengebumian Yus Jambu.
Untuk pengetahuan, Pak Yus Jambu berasal dari Perlis dan merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik.
Arwah Yus Jambu merupakan anak yatim piatu dan hanya mempunyai seorang abang yang masih hidup iaitu abang sulungnya Jaafar Edoo yang kini berumur 53 tahun.
Abang sulung Yus memberitahu bahawa adik bongsunya itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin ketika mereka bertemu dua minggu lalu semasa dia pulang ke kampung tersebut.
Kata Jaafar lagi, Yus Jambu tidak pernah memberitahu nama gadis itu namun arwah telah mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya.
Malah Yus Jambu juga sedang bercadang membina rumah di negeri kelahirannya iaitu di Perlis.
Pak Yus Jambu juga tidak pernah melupakan kampung halamannya malah sering tidur di rumah saudara mara termasuk rumah rakan-rakan sekampungnya apabila pulang.
Yus juga dikatakan sering membantu abangnya itu jika memerlukan sebarang bantuan.
Ini komen abang sulung Yus Jambu, Jaafar Endoo:
�Kali terakhir saya bertemu arwah pada dua minggu lepas semasa dia pulang untuk berlakon dalam sebuah drama yang kebetulan penggambarannya di Perlis,�
�Cuma saya agak terkilan kerana arwah sebenarnya sedang mengukuhkan kewangan dan menyimpan duit untuk mendirikan rumah tangga. Begitupun dia tidak mendedahkan gadis pilihan hatinya,�
�Selain itu arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini. Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun Tuhan lebih menyayanginya,�
�Yus selalu membantu saya malah jika saudara mara lain dalam kesusahan dialah yang banyak membantu,�
Salam takziah buat keluarga dan sahabat rapat Yus Jambu. Al Fatihah.