(Terkini) Ibu Sembelih Dua Anak Kecil
(Terkini) Ibu Sembelih Dua Anak Kecil
Adi Beradik Maut Disembelih Ibu Sendiri
Dua beradik ditemui meingal dunia, dipercayai disembelih oleh ibu mereka sendiri di rumah mereka yang terletak di Taman Wira Indah, Sungai Petani, Kedah.
Kanak-kanak malang itu berumur dua tahun empat (budak lelaki) bulan dan enam tahun (budak perempuan). Mereka dikatakan disembelih dengan menggunakan pisau.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang, kanak-kanak lelaki dan kakaknya itu ditemui di dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah.
Pihak polis berkata, ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pihak polis.
Ini komen polis:
"Polis datang tidak lama kemudian lalu menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.
"Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,"
Bapa Mangsa Tak Dapat Tahan Kesedihan
Seorang bapa tidak dapat menahan kesedihan dengan kematian dua anaknya di rumah mereka di Taman Wiram, Sungai Petani semalam.
Tee Choi Peng berumur 36 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Singapura kelihatan menangis sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini tengah hari tadi.
Anak-anak lelakinya yang berusia tiga dan lima tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan kelaran.
Sumber: BHarian