Perlantikan Cik Claryssa H Ogodong Duta Momogun Rungus/ SAMORA 2016/2017

Majlis Perlantikan Duta Momogun Rungus/ SAMORA 2016-2017. Puhabaran dot Duta Rungus/Samora 2016-2017 by Inuvung Ri
Majlis Perlantikan Duta Momogun Rungus/ SAMORA 2016-2017

Perlantikan Cik Claryssa H Ogodong sebagai Duta SAMORA dan Rungus telah disambung semula untuk tempoh Satu tahun lagi berkuatkuasa dari 1.7.2016 -30.6.2017 .

Ini kali kedua Cik Claryssa dilantik untuk jawatan yang sama.

Untuk penggal yang lepas , Cik Claryssa telah melaksanakan tugasan beliau sebagai Duta dengan cemerlang dalam tempoh setahun termasuklah misi Team SAMORA yang diamanahkan mewakili negara di International Tourismus Borse ( ITB ) Berlin Jerman baru-baru ini dengan kejayaan Malaysia memenangi dua medal.

Selain itu beliau juga telah berjaya mempromosikan pakaian tradisi kedua Rungus iaitu SUKOLOB dalam program Unduk Ngadau Kaamatan 2016 baru-baru ini.


TERBARU! Cik Claryssa akan melaksanakan tugasan promosi Pesta Magahau 2016 khususnya program Mitarab Gimpuhut Magahau ( MGM) dan pertandingan mencipta/merekabentuk design rekabentuk pakaian berasaskan pakaian dan rekaan asli /tradisi Rungus .



Selain itu beliau juga akan terlibat dalam program SAMORA di London pada bulan November 2016 ini.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel