Aneka Kek, Pastri & Juadah Memikat Rasa Dari Sweet Treats Cake & Food



Nak makan yang sedap-sedap, especially kek dan manisan?? Tapi tak pandai buat?? Haih, jangan risau! Anda tak perlu masuk kelas belajar buat kek atau desert! 

Oh ya, tak perlu juga pergi ke restoran menjual kek yang popular di Malaysia yang dahulunya satu slice kek berharga RM6.90 sekarang sudah jadi RM11.90 dengan saiz yang sama dan sebiji rasa.

Orang utara inilah peluang mendapatkan pelbagai variasi kek mengikut citarasa dan kemahuan anda sendiri! Sweet Treats Cake & Food beroperasi di Alor Setar yang diusahakan oleh Farina Fikri (kawan Muz masa sekolah SERI) boleh melunasi keinginan terhadap kek, manisan dan makanan barat yang anda idamkan!

 

Biarpun baru beroperasi secara rasmi dengan nama Sweet Treats Cake & Food ni, tapi pemiliknya sudah lama juga berkecimpung dalam dunia masakan ini. Bahkan Muz sendiri pernah rasa air tangan beliau.

Dan sekarang ni, sebab dah berlainan fokus dan kerja juga tempat tinggal, gigit jarilah Muz tengok kek dan manisan yang si Farina update dalam laman sosial tu. Yang dekat bawah ni yang latest dish yang Farina update!

  • Marinara Meatball
  • Beef Lasagna
  • Fresh Meatball
  • Walnut Butterscotch
  • Red Velvet
  • Pandan Cheese Leleh
  • Butterscotch Strawberry Cream Filling
  • Assorted Sandwich 


Paling best, komen-komen pelanggan Sweet Treats Cake & Food ni memang tip top! Ada juga disediakan perkhidmatan COD, meskipun sampai ke Penang, tapi kenalah ambil dalam kuantiti yang lebih, kalau tak niaya ja datang dari Alor Setar tapi beli sebiji kek saja kan?!

Apapun, harga-harga yang dikongsi Farina untuk menu jualannya dalam laman sosial setakat ini memang sangat-sangat berpatutan.

Jadi kepada anda di luar sana terutama orang Kedah dan Penang, mesti mau try ok! Kalau tak rugi ja hampa dok kat utaqa nih! Tudiahh, sampai lagu tu noh! Hahaha...

Hubungi Farina Fikri dari Sweet Treats Cake & Food di:






Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel