Shahrukh Khan Bengang Ditahan Imigresen AS
Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang ditahan pihak imigresen di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) untuk kali ketiga menyuarakan kemarahannya apabila menggambarkan insiden itu sebagai sesuatu yang "sangat, sangat teruk".
"Saya faham dan menghormati kawalan keselamatan negara itu terutama dengan situasi dunia masa kini, tetapi untuk ditahan imigresen AS lagi adalah sesuatu yang sangat, sangat teruk," katanya menerusi Twitternya selepas kejadian di lapangan terbang Los Angeles pada Jumaat.
Aktor berusia 50 tahun itu pernah ditahan pihak berkuasa di New York pada 2012 hingga menimbulkan kemarahan di kalangan peminatnya yang mendakwa ia amalan perkauman di AS hingga mendorong Washington memohon maaf. - mstar