4 Tahun Kahwin; Ally Iskandar Mengaku Bercerai!

Personaliti TV3, Ally Iskandar, 40, hari ini mengakui telah menjatuhkan talak satu ke atas isterinya Nurfarahin Romli, 27, sekali gus menjawab spekulasi perceraian pasangan itu.???
Menerusi laman Facebook peribadinya, Ally juga memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberi respons secara terus mengenai khabar angin tersebut ketika dihubungi semalam.?
�Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.
�Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan,� jelasnya. � Utusan