4 Perkara Ini Buat Akaun Facebook Anda Akan Kena Delete!



Kalau tanya apakah isu panas dalam kalangan pengguna media sosial tempatan, teruatamnya Facebook, tentu sahaja berkenaan isu Facebook akan delete akaun yang tidak menggunakan nama sebenar.

Hurmmm, kecoh seminggu ni orang dok kata tentang perkara ni. Khabarnya Facebook akan delete akaun yang tak guna nama sendiri seperti dalam IC atau kad pengenalan.



Akaun Facebook yang guna nama samaran katanya akan di delete tanpa belas kasihan. Huhuhu. Kononnya, usaha ini untuk menghapuskan akaun palsu.

Alahai, tak tahu ke istilah nama pena atau nick name ni? Korang ingat senang ke nak cipta jenama, walaupun jenama Engku Muzahadin tu tak hebat tara mana! Hahaha...



Bukan itu saja, akaun Facebook yang tak letak muka sendiri atau dengan kata lain profile picture yang ada muka binatang, bunga, kartun, alien dan sebagainya juga akan kena delete.

Akaun yang guna tarikh lahir yang salah dan jantina yang tak betul juga akan di delete oleh pekerja Mark Zuckerberg dengan kejam.

Jadi, terpulanglah kepada anda. Sama ada nak dedahkan privasi hidup dengan lebih terbuka atau lebih sayangkan akaun Facebook anda.

Ada juga yang kata akan dapat email amaran daripada Facebook dulu sebelum akaun kena delete. Tapi so far Muz tengok email tak ada apa amaran pun.

Memang sayang dengan akaun ni, tapi untuk dedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh dan lain-lain dengan terbuka, kena fikir banyak kali. Lagipun ada friends dengan 5 ribu tu pun yang like, comment dan keep in touch boleh kira dengan jari ja. Hahaha...

Cuma akan hilang tempat untuk ping entry blog lah... Huhuhu.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel