Bukti Cinta Sejati, Lelaki 73 Tahun Kahwin Dengan Nenek Usia 114 Tahun



Cinta itu buta. Mungkin bagi sesetengah orang ia hanyalah satu pepatah tetapi bagi seorang warga emas, Zheng, yang berusia 71 tahun, ia adalah satu kebenaran.

Zheng telah berkahwin dengan seorang nenek yang berusia 114 tahun, Zhang Shuying selepas bertemu di rumah orang tua-tua di Bachu, China.

Pada mulanya Shuying keberatan untuk berkahwin dengan Zheng, apatah lagi perbezaan usia mereka adalah 43 tahun namun Zheng yang jatuh cinta pandang pertama dengan Shuying, tidak putus asa.

Dia mengambil masa selama setahun untuk meyakinkan Shuying agar mengahwininya. Selama ini pun, Shuying yang banyak membantu Zheng, yang cacat selepas terlibat dalam kemalangan.

Mereka mengikat tali perkahwinan di rumah orang tua-tua itu di hadapan penjaga dan penghuni rumah terbabit.

�Saya tidak berpelajaran dan miskin. Kemalangan kereta api telah menyebabkan saya kedua-dua kaki saya cacat ketika berusia 20 tahun, jadi saya tidak pernah membayangkan hari bahagia ini,�� katanya.

Dengan adanya Shuying dalam hidupnya, Zheng menyifatkan hidupnya kini sudah sempurna selepas sekian lama merindui teman untuk hidup bersama. Dia juga berjanji untuk menjaga Shuying dengan sebaik mungkin, selagi terdaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel