Filem Kimchi Untuk Awak [2017]

aiman hakim redza emma maembong
Aiman Hakim Redza dan Emma Maembong

Filem Kimchi Untuk Awak merupakan pertaruhan pertama kali Michael Ang yang lebih banyak mengarahkan drama seperti Suri Hati Mr Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Urusan Hati Cik Drama Queen dan Red Velvet

Filem Kimchi Untuk Awak akan menggandingkan pelakon Emma Maembong dan Aiman Hakim Redza sebagai teraju utama. Masih mengekalkan trend adaptasi novel, filem ini turut diambil dari novel dengan tajuk yang sama karya Suri Ryana.

Profil Filem Kimchi Untuk Awak

Pengarah : Michael Ang
Pelakon : Aiman Hakim Redza, Janna Nick, Emma Maembong, Natasha Elyzza, Ungku Hariz
Idea Asal : Novel Kimchi Untuk Awak karya Suri Ryana 
Tarikh Tayangan : Mac 2017 [Jangka]

Sinopsis Kimchi Untuk Awak 

-versi novel; sumber : goodreads 

Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya. 

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri. 

Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?

Behind The Scene Video Filem Kimchi Untuk Awak

- Sumber : Aiman Hakim Ridza FC

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel