Jom Kenali Pasukan Special Forces Pasukan Bomba Ini

APAKAH Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM)

STORM adalah salah satu pasukan yang dikenali sebagai Malaysian Rapid Deployment Force ataupun lebih kurang macam komando ATM la peranan nya tapi jauh sekali daripada skop tugasan. STORM adalah pasukan yang ditugaskan untuk berfikir di luar kotak dan bekerja di luar kemampuan dalam menjalankan operasi menyelamatkan mangsa lagi-lagi yang melibatkan bencana besar seperti Search and Rescue.


Oleh kerana tugas mereka lebih kepada melakukan operasi Search and Rescue kebanyakan operasi nya di tempat gelap terutama melibatkan runtuhan bagunan, penyelamatan di hutan atau disaster berskala besar, mereka dianugerahkan baju yang design nya lain sikit daripada pegawai lain iaitu ada jahitan shining(bercahaya) pada pergelangan tangan dan kaki pada uniform, tulisan STORM di belakang baju, helmet operasi bewarna merah ketika operasi melibatkan pegawai STORM, lencana unit di sebelah kanan bahu dan di tampal bendera Malaysia di bahu kiri sebagai pengenal ketika operasi di luar negara. 
Hanya yang anggota yang pergi mengikuti kursus ala komando ini dan kepada anggota yang lulus sahaja yang akan ditauliahkan baju seperti ini dan lencana STORM untuk dilekatkan pada uniform.


Syarat kelayakan juga menggunakan Individual Physical Proficiency Test (IPPT) iaitu standard physical fitness yang juga digunakan oleh Singapore Armed Forces (SAF), Singapore Police Force (SPF) and Singapore Civil Defence Force (SCDF) dan juga kebanyakkan pasukan uniform dalam negara ini seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dan lain-lain. 

Setelah layak memasuki asas kursus STORM, barulah mereka diberi latihan-latihan yang sangat menguji kemampuan anggota dan skill penyelamatan yang advance selain pentauliahan yang membanggakan selepas berhempas pulas keringat pada sesi kursus. Ibarat berey komando, siapa yang lepas kursus komando sahaja yang layak memakai berey.

Uniform ni tiada siapa berhak memakai selagi tidak pergi/tidak lulus kursus STORM ala komando ini berdasarkan skop kebombaan.


Jika ada insiden bencana yang besar contohnya kejadian bas jatuh gaung di genting tempoh hari, anggota yang berpakaian lain daripad yang lain ini akan dipanggil daripada seluruh Malaysia untuk berkumpul(sebab itu mereka dipanggil Pasukan Aturgerak Cepat kerana mereka perlu bersedia untuk bertugas selama 24 jam sekiranya dipanggil untuk bertugas tidak kira samada waktu siang atau malam. Mereka juga dipanggil On Stand by lebih kurang macam doktor pakar la. 

Tak boleh kata tidak sekiranya dipanggil bertugas walaupun pada waktu malam) dan akan melaksanakan misi tersebut secara bersama-sama menggunakan SOP yang disediakan, bekerja di luar kemampuan, dan berfikir menyelesaikan masalah secara di luar kotak ataupun think outside the box macam mana nak selamatkan mangsa walaupun dgn keperluan logistik yg minima dan keanggotaan yg sedikit.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel