Gadis Ini Sedih Campur Gembira Apabila Perkhidmatan Grab Menemukan Dia & Ayahnya Yang Telah Lama Terpisah
Sedih dan gembira semuanya ada apabila ayah yang selama ini dicari dan tidak tahu di mana beliau berada tiba-tiba ditemui semula apabila pemandu Grab yang datang menjemputnya adalah ayahnya sendiri.
Itulah yang berlaku kepada Dewi Salma apabila kisah mengenai pencarian ayahnya yang kini ditemui semula jadi tular di media sosial sehingga menarik perhatian netizen.
Memetik laporan Detik, Salma dikatakan langsung tidak menyangka akan bertemu semula dengan ayahnya ketika menempah perkhidmatan Grab kerana dia tidak pernah menjumpai ayahnya sejak kecil ketika berusia 7 tahun dan kedua ibu bapanya dikatakan telah bercerai.
![]() |
Dewi Salma |
Walau bagaimanapun, menurut Salma, ketika melihat wajah pemandu tersebut, Salma mengatakan dia seperti mengenali pemandu itu namun tidak pasti di manakah dia berjumpanya.
Akhirnya segala pertanyaan Salma terjawab apabila destinasi ke rumahnya telah menyebabkan si pemandu itu mengesyaki bahawa Salma adalah anaknya.
Menurut Salma, sewaktu bertemu dengan ayahnya itu, dia seperti kehilangan kata-kata dan tidak mampu berkata apa-apa kerana dia tidak menyangka akan bertemu dengan ayahnya yang telah dicarinya selama ini. - www.koleksiviral.com