Remaja Lelaki 16 Tahun Ditahan Selepas Didakwa Rogol Adik Kandung 13 Tahun Sehingga Mengandung 7 Bulan

Kecoh di media sosial apabila seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun dipercayai telah ditahan polis kerana dakwaan merogol adik perempuannya yang berusia 13 tahun pada Oktober tahun lalu.

Laporan dari The Star menyatakan remaja terbabit didapati melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap adik kandungnya sendiri pada tahun lalu dan tiada sesiapa pun yang menyedari akan kejadian berkenaan, sehinggalah bapanya seperti mengesyaki ada sesuatu yang terjadi kepada anak perempuannya itu setelah melihat perubahan fizikal anaknya itu.

Gambar hiasan
Dek kerana merasakan ada yang tidak kena, bapanya telah membawa anak perempuannya berjumpa dengan seorang doktor di hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kemudiannya, barulah dia mendapat tahu bahawa anak perempuannya itu disahkan telah hamil tujuh bulan.

Desakan demi desakan dan juga soal siasat dilakukan oleh ibu bapa gadis itu, akhirnya dia telah mengaku yang dirinya telah dinodai oleh abang sulungnya sendiri yang selama ini merogolnya tanpa kerelaannya.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Yussof, gadis terbabit mengakui bahawa dirinya telah dirogol lebih dari 10 kali sewaktunya bapanya keluar berkerja sebagai seorang pengawal keselamatan, jelasnya.

Akibat berang akan kejadian itu, ibu bapa remaja terbabit dengan segera melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dan remaja lelaki tersebut telah ditahan di atas pertuduhan merogol adik kandungnya pada jam 12.30 malam pada Selasa lalu.

Polis turut memaklumkan bahawa remaja lelaki terbabit kini ditahan reman sehingga Ahad ini dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Bagaimana semua ini berlaku? Kerana nafsu sanggup lakukan apa saja sehingga tak kenal siapa adik dan siapa orang lain. Kesian, damailah engkau dalam penjara..

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel