Susulan 626 Pertuduhan Terhadap Seorang Lelaki Merogol & Meliwat Anak Kandungnya Sendiri Mengaku Tidak Bersalah

Betapa kejamnya seorang ayah yang sepatutnya menjaga dan melindungi anak perempuannya tetapi telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak gadisnya sendiri tanpa rasa bersalah dan berdosa.

Gambar hiasan
Terkini dari Berita Harian, sebanyak 626 pertuduhan yang telah selesai dibacakan terhadap seorang bapa yang didakwa meliwat, merogol dan melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak kandungnya pada hari ini di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini.

Tertuduh yang juga seorang ejen insurans, mengaku tidak bersalah atas 626 pertuduhan berkenaan dan berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki berusia 36 tahun itu didakwa atas 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuannya di bilik tidur utama rumahnya, di Sungai Way, Petaling Jaya, antara jam 6 pagi 11 Julai hingga jam 1 pagi, 20 Julai lalu.



Dia didakwa mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang mempunyai hak penjagaan, didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa sama antara 1 Januari hingga 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2016 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Lelaki itu turut dituduh merogol mangsa di tempat yang sama jam 2 petang pada 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga berdepan 594 tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan meliwat mangsa mangsa di tempat sama, antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, dari Januari hingga 20 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Dalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin, tidak menawarkan jaminan atas alasan ia kesalahan serius dan mangsa adalah anak tertuduh.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 September depan.

Gambar dari Facebook
Kenapa seorang anak perempuan yang masih bersekolah di tingkatan tiga diperlakukan sebegitu rupa? Kenapa tidak saja si ayah mencari orang atau wanita lain di luar sana yang mempunyai berbagai pilihan lain. Mengapa anak gadis sendiri dijadikan sasaran?

Sanggupnya seorang ayah buat begini terhadap anak sendiri seolah tidak ada langsung perasaan rasa bersalah atau berdosa. Apakah jenis ayah macam ni? Semoga ayah sebegini mendapat hukuman yang setimpal dan menjadi pengajaran kepada orang lain.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel