(VIDEO) Gara-Gara Teman Wanita Lelaki Diserang Dengan Pedang Samurai Dan Dihentak Kepala Dengan Alat Pemadam Api
KUALA LUMPUR - Gara-gara teman wanita seorang dibelasah teruk oleh lima lelaki yang menyerangnya di sebuah kafe siber di Setiawangsa pada Khamis lalu, polis kini sedang memburu kelima-lima suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, seorang remaja lelaki yang berusia 21 tahun telah didatangi sekumpulan lelaki terdiri dari 5 orang sewaktu mangsa sedang menggunakan komputer di kafe siber berkenaan.
Mangsa dikatakan telah dipukul dan dibelasah sehingga ditarik keluar dari premis tersebut dan turut diacukan sepucuk pistal yang dipercayai pistol mainan atau tiruan.
Mangsa juga dikatakan turut dihentak kepalanya menggunakan alat pemadam api malahan turut mengalami kecederaan apabila suspek menggunakan sebilah pedang samurai.
Satu rakaman video yang tersebar di media sosial memaparkan mangsa ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis Suzuki Swift dan di bawa ke sebuah bangunan dalam jarak 200 meter dari kafe siber terbabit. Mangsa turut dibelasah sekali lagi sebelum ditinggalkan dalam keadaan cedera parah di lokasi kejadian.
Pihak polis kini sedang memburu kelima-lima suspek dan menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Rusdi Mohd Isa, berkata, pihak kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan tujuan untuk mengenal pasti kesemua suspek yang terlibat.
Mangsa juga telah dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan menerima rawatan dengan tujuh jahitan di kepalanya selain turut patah jari telunjuk dan mempunyai kesan lebam di muka serta di belakang badan.
Menurut Rusdi lagi melalui Berita Harian, salah seorang dari suspek terbabit dikenali mangsa dan kejadian itu berlaku berpunca daripada salah faham antara teman wanita seorang suspek dan mangsa. - www.koleksiviral.com