(VIDEO) Netizen Terkejut Kes Wanita Bertudung Melarikan Barang Kemas Dari Kedai Emas Bangi Tersebar
BANGI, SELANGOR - Seorang wanita bertudung cantik yang dipercayai telah melarikan gelang emas di kedai emas di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, pada jam 1 tengah hari semalam kini menjadi buruan polis selepas kejadian yang mengejutkan itu tersebar.
Satu rakaman video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan ketika kejadian di kedai emas terbabit turut tular di media sosial selepas wajah suspek yang dipercayai wanita Melayu terpampang di satu posting yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Aishah Yusoff.
Video tersebut telah tersebar dan turut menarik perhatian netizen yang berpendapat seseorang wanita yang bertudung itu belum tentu memiliki keperibadian yang baik, malah segelintir netizen wanita pula berkata, tindakan wanita berkenaan telah mencemarkan maruah semua wanita yang memakai tudung.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan dengan kejadian rompakan berkenaan daripada pekerja kedai emas terbabit yang berusia 28 tahun.
Seperti yang dilaporkan mangsa, pelanggan wanita tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan telah masuk ke kedai sebelum bertanyakan tentang harga gelas emas di ruangan pameran kedai.
Difahamkan, suspek telah meminta untuk mencuba gelang emas dan memulangkan semula selepas itu kepada pekerja terbabit sebelum meminta satu lagi barang kemas kedua.
Sewaktu pekerja berkenaan dikatakan meletakkan semula gelang emas yang pertama itu tadi, suspek dikatakan melarikan diri bersama dengan barang kemas tersebut, ujarnya.
Menurut laporan Harian Metro, kerugian dalam kes berkenaan dianggarkan berjumlah RM10,000. Manakala, polis kini sedang memburu suspek dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.