(VIDEO) Kejam! Petugas Paramedik Dirakam CCTV Menendang Seorang Wanita Mengandung Di Hospital
Satu rakaman video yang menunjukkan seorang petugas paramedik yang telah menendang seorang wanita yang sedang mengandung jadi tular di media sosial dan turut dikecam netizen ekoran tindakan kejam lelaki berkenaan.
Insiden yang berlaku di sebuah hospital di bandar Valparaiso, Chile itu telah dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di hospital berkenaan.
Mangsa yang turut berkerja di hospital yang sama sebagai seorang jururawat dilaporkan sedang hamil dan telah ditendang oleh petugas paramedik berkenaan tanpa belas kasihan.
Melalui rakaman video berkenaan dapat dilihat mangsa dan suspek kelihatan seperti bertengkar sebelum lelaki itu menarik rambut mangsa dan turut menolak mangsa ke belakang.
Lelaki terbabit turut dilihat menampar mangsa sebelum dilihat menendang mangsa sehingga menyebabkan mangsa berundur ke belakang dan seperti menahan kesakitan selepas ditendang.
Menurut laporan Daily Mail, kejadian itu berlaku selama kira-kira 3 minit dan pergaduhan mereka itu dikatakan terhenti selepas beberapa petugas lain datang meleraikannya.
Walau bagaimanapun, kes berkenaan kini masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa. - www.koleksiviral.com