Resepi Jamu Air Rebusan Daun Sirih

 



Resepi Jamu Air Rebusan Daun Sirih

Hai kawan kawan. Hari ni Amoijamu kongsikan resipi yang berbeza sedikit ya. Selalunya kita kongsikan menu masakan aje kan, tapi hari ni kita kongsikan jamu pulak iaitu Air Rebusan Daun Sirih.

Taukah kawan kawan, bahawa banyak manfaat boleh kita dapati dengan mengamalkan Air Rebusan Daun Sirih? Antara khasiat yang kita boleh perolehi bila diminum ialah;

Khasiat Rebusan Air Daun Sirih:

  • Melegakan batuk dan sakit tekak .
  • Melegakan pernafasan
  • Melancarkan peredaran darah dan menghangatkan badan.
  • Mengurangkan bau kurang enak badan dan justeru mewangikan badan.
  • Melancarkan sistem perkumuhan badan justeru itu melancarkan pembuangan air besar dan air kecil.
  • Sangat bagus untuk diamalkan oleh para wanita selepas datang bulan.

Nota Kaki:

Air Rebusan Sirih sesuai diamalkan oleh wanita, lelaki, warga emas dan kanak kanak.

Untuk kanak kanak, sila bagi sukatan yang sedikit dicampurkan dengan air biasa untuk cairkan air rebusan supaya tidak pedas.

Amalkan sebulan 1 ke 2 kali. Ais batu tidak sesuai dicampur ke dalam air rebusan daun sirih sebab ais akan menjejaskan sistem pencernaan dan sistem penghadaman kita.


Cara Buat Air Rebusan Sirih (4 cawan)

Bahan-Bahan:

  • 7 helai Daun Sirih dicuci bersih
  • 1 inchi Halia tua
  • 1 sudu teh kecil Buah Pelaga
  • 1 sudu teh kecil Bunga Cengkih
  • 1 sudu teh kecil Kayu Manis Ceylon
  • 1 sudu teh Madu secukup rasa
  • 800ml Air rebusan

Cara Penyediaan:

1. Cuci bersih daun sirih. Tumbuk kasar buah pelaga, bunga cengkih dan halia. Masukkan daun sirih, dan bahan tumbuk ke dalam periuk tanah.

2. Tuangkan air dan rebus pada api perlahan selama 30 minit ke 1 jam. Ikut periuk tanah dan sukatan masing masing.

3. Lepas mendidih, tutup api dan diamkan selama 10 minit. Sedia untuk diminum. Boleh tambah madu ikut citarasa.

4. Jika kawan kawan suka dengan perkongsian saya, silalah beri sokongan dengan melanggan atau Subscribe ke saluran Youtube saya Amoijamu. Sokongan kawan kawanlah yg memberi semangat kepada saya untuk terus menghasilkan isi kandungan yang menarik.



Resepi Oleh: Amanda Tan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel