MODEL SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL - ASPEK TEMA



Novel Melunas Rindu


Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tema novel tersebut.  
[7 markah}

    Novel yang telah saya kaji ialah novel Melunas Rindu.  Novel ini mengemukakan tema kasih sayang seorang saudara baru terhadap ahli keluarganya dan sesama insan.

         Tema yang dipaparkan dapat dibuktikan melalui perasaan sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga menyebabkan Fuad sanggup mencari asal usulnya yang sebenar.  Setelah menjalani kehidupan baru, Fuad rindu akan ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia.  Dalam mengubati kerinduannya Fuad telah berusaha mencara pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya itu.

      Seterusnya Fuad juga menyayangi Pak Ismail dan Mak Salmah.  Fuad sanggup membelikan sebidang tanah daripada Awang Sojar dengan menamakan Pak Ismail sebagai pemiliknya.  Fuad juga membelikan motosikal dan membawa mereka berdua mengerjakan umrah di Tanah Suci.

          Bukti lain yang menunjukkan tema ini ialah disebabkan kasih sayang yang mendalam menyebabkan Fuad tidak dapat melupakan bapanya, Robert Lim dan bapa serta ibu saudaranya iaitu Peter Lim dan Swee Lan serta adik-adik sepupunya.  Fuad telah membantu menyara persekolahan adik-adik sepupunya.

              

Novel Kabus Di Perbukitan


Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tema novel tersebut.  

[7 markah]


           Novel yang telah saya kaji di tingkatan 5 ialah novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah.  Novel ini mengemukakan tema jati diri individu yang berbangsa Melayu.

        Tema yang dipaparkan ini dapat dibuktikan melalui watak utama, Faridah yang bermastautin di Rosewood, New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia, walaupun beliau sudah 25 menetap di Rosewood. Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar Selangor walaupum berada jauh di negeri orang.


         Selain itu, walaupun sudah 25 tinggal di New Zealand, Faridah tidak pernah menukar kewarganegaraan negara asalnya , Malaysia.

           Bukti seterusnya, Faridah juga tetap mengamalkan budaya hidup Melayu dengan gemar berbaju kurung, ketika di New Zealand.  Faridah juga masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga masakan kegemaran anaknya Anne.

           Akhir sekali, Faridah akhirnya tetap kembali ke tanah airnya, Malaysia dan membuat keputusan menetap di Malaysia buat selama-lamanya.  Peristiwa-peristiwa yang telah dijelaskan dapat membuktikan tema novel ini.




SOALAN PERBANDINGAN DUA NOVEL

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema setiap novel tersebut.                                                             [8 markah]


          Novel yang saya kaji dalam tingkatan 5 ialah novel Kabus Di Perbukitan manakala novel di tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu.

         Novel Kabus di Perbukitan mengemukakan tema jati diri individu yang berbangsa Melayu.   Tema dapat dibuktikan melalui watak utama, Faridah yang bermastautin di Rosewood, New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia, walaupun beliau sudah 25 menetap di Rosewood. Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar Selangor walaupumnberada jauh di negeri orang.

         Manakala novel Melunas rindu pula, mengemukakan tema kasih sayang seorang saudara baru terhadap ahli keluarganya dan sesama insan.  Tema yang dipaparkan dapat dibuktikan melalui perasaan sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga menyebabkan Fuad sanggup mencari asal usulnya yang sebenar. Setelah menjalani kehidupan baru, Fuad rindu akan ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia.  Dalam mengubati kerinduannya Fuad telah berusaha mencara pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya itu.


          
 Cikgu Chom

           


       

            

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel