1MDB Bidas Adik PM, Nazir Razak

1MDB Bidas Adik PM, Nazir Razak


1MDB hari ini berkata ia kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh tokoh korporat terkemuka Datuk Seri Nazir Razak mengenai peletakan jawatan salah seorang penasihatnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat milik kementerian kewangan itu berkata Nazir, yang merupakan pengerusi kumpulan CIMB, tidak mempunyai semua maklumat mengenai perkara itu.

1MDB berkata pihaknya kesal kenyataan dari Nazir Razak, yang menurutnya tidak ada pengetahuan secara langsung mengenai fakta-faktanya, dan hanya mengeluarkan pandangan berunsur spekulasi mengenai kenyataan tertentu yang dibuat pada 7 September oleh Tan Sri Abdul Samad Alias, bekas ahli lembaga penasihat 1MDB.

Ini kenyataan dari 1MDB:
"Kami kesal kerana hari ini pihak ketiga seperti Nazir, yang tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai fakta sebenar, memberikan pendapat berbentuk spekulatif,"

Semalam Abdul Samad dilaporkan mendedahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga penasihat 1MDB selepas permintaannya yang berulang kali untuk mendapatkan maklumat kewangan syarikat itu tidak dilayan.

Nazir Razak dalam satu post Instagram hari ini, antara lain bertanya sama ada benar sebab Abdul Samad meletak jawatan itu.

sumber: MalaysiaKini

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel