Nurul Izzah Mahu Saman Akhbar Berita Harian Dan NST

Nurul Izzah Mahu Saman BH Dan NST 


Nurul Izzah Anwar mahu menyaman akhbar Berita Harian dan News Straits Times selepas diaktakan membuat laporan yang salah tentang dirinya yang dikaitkan dengan Justo.

Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa wujud laporan palsu berhubung tawaran USD2 juta kepada Xavier Justo untuk mendapatkan data 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini komen Nurul Izzah:

�Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan USD2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya parti pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

�Saya telah mengarahkan peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas NST dan Berita Harian,� 

Kedua-dua akhbar berkenaan pada hari ini menyiarkan laporan Naib Presiden PKR itu berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan 1MDB.

Justo membuat pengakuan bertulis dengan turut menyebut Izzah bagaimanapun bukan pembeli yang dimahukannya.

Justo dikatakan akui menolak tawaran Izzah yang mahu membayar dalam bentuk kontrak jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan.

Dia mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown merupakan orang tengah Nurul Izzah.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel