"Suami Sudah Lafazkan Cerai" - Linda Rafar
"Suami Sudah Lafazkan Cerai" - Linda Rafar
Berita terkini dalam industri hiburan, dikhabarkan Linda Rafar mendakwa suaminya, Syed Aiman telahpun melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi dirumah mereka.
Linda Rafar yang juga bekas penyanyi Elite, memberitahu kejadin berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi dengan disaksikan ibu dan anaknya.
Ini kenyataan dari Linda Rafar:
�Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya.
"Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,"
Sementara itu, Linda Rafar kini sedang mengandung 3 bulan. Linda berkata, dia akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.
Terdahulu, Linda Rafar memuat naik gambar di instagram yang memaparkan pasangan berkahwin dengan coretan �Awalnya, semua begitu indah. Nyatanya, tak seindah di awal� berserta logo bertulis �Akte Cerai�.
Linda turut meletakkan emoji hati yang sudah retak sebagai caption gambar tersebut.
Ini gambarnya:
Suami Linda Rafar, Syed ketika dihubungi bagaimanapun menafikan rumah tangganya berdepan bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda di Instagram.
Ini kenyataan dari Syed Aiman:
"Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa,"
Menurut Syed, mustahil rumah tangga mereka kini bermasalah kerana Linda sedang hamil anak ketiga.
Sumber: harianmetro