Punca Jerebu: Indonesia Mohon Maaf

Punca Jerebu: Indonesia Mohon Maaf


Negara Indonesia hari ini membuat permohonan maaf berikutan masalah jerebu yang melanda negara Malaysia.

Salah seorang Ahli Parlimennya, Hamdhani Mukhtar Said membuat permohonan maaf secara terbuka itu di Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) di ibu negara, hari ini.

Tambah beliau lagi, isu tersebut akan dibangkitkan di Parlimen Indonesia kelak supaya pelbagai usaha dapat dilakukan untuk membendung gejala tersebut.

Indonesia dilaporkan membelanjakan AS$1 juta untuk beberapa kawasan yang terjejas dengan kebakaran hutan dan tanah gambut itu.

Ini komennya:

"Saya ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana jerebu.

"Jerebu tahunan ini tidak disengajakan tetapi disebabkan oleh kemarau yang memberi kesan kepada bahagian Sumatera dan Kalimantan," 

"Kita akan meminta kerajaan memberikan lebih banyak peruntukan untuk membantu melawan kebakaran," 

Malaysia kini berdepan dengan masalah jerebu yang teruk akibat pembakaran hutan yang meluas di Indonesia.

Sumber: mStar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel