KEPINCANGAN MASYARAKAT DALAM NOVEL
ASPEK LATAR MASYARAKAT
Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat/Kritikan Sosial Masyarakat
KEPINCANGAN MASYARAKAT DALAM NOVEL MELUNAS RINDU
1. Masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.
� Cikgu Zamani yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.
2. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.
� Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Perbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.
3. Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain
� Cikgu Zamani menjemput rakan-rakan guru yang lain termasuk Fuad untuk menghadiri kenduri di rumahnya pada suatu malam. Cikgu Zamani mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan orang lain. Cikgu Zamani yang tidak suka akan sikap Farhana yang lepas laku menasihati Fuad supaya tidak memilih Farhana sebagai isterinya.
4. Masyarakat yang menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga.
� Fuad terpaksa berpisah dengan ibunya Mariana setelah ayahnya iaitu Robert Lim bercerai dengan ibunya.
5. Masyarakat yang tidak boleh menerima teguran
� Cikgu Zamani marah apabila ditegur oleh Cikgu Farhana kerana tidak masuk ke kelas Matematik 5 Cemerlang .
6. Masyarakat yang tidak taat akan perintah agama.
� Farhana yang kerap meninggalkan solat ketika dalam perjalanan. Dia juga sering meninggalkan solat Subuh terutama ketika bercuti di rumah ibunya dan hanya menunaikan solat mengikut keselesaannya.
KEPINCANGAN MASYARAKAT DALAM NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
1. Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga.
� Peristiwa penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan isterinya, Salmah. Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah telah menyebabkan Faridah dan Rahayu berpisah dan mendatangkan kesan buruk kepada Salmah dan Rahayu.
2. Masyarakat yang longgar pegangan agama.
� Melina yang masih minum arak walaupun Melina dididik mengikut ajaran Islam. Kepincangan masyarakat sedemikian sering berlaku dalam kalangan masyarakat yang longgar pegangan agamanya.
� Benny minum arak walaupun dia orang Islam
3. Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya hidup barat
� Melina yang mengamalkan gaya hidup bebas. Melina bebas bergaul dengan Benny walaupun Benny baru dikenalinya. Dia mengajak Benny masuk ke pangsapurinya sementara dia bersiap untuk ke pusat bandar.
4. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab
� Kamarudin meninggalkan isterinya Salmah tanpa khabar berita dan tidak memberikan nafkah zahir batin terhadap isterinya.
� Benny meninggalkan Melina tanpa khabar berita
5. Masyarakat yang curang.
� Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya dan berkahwin dengan Hamidah tanpa kebenaran isteri pertamanya, Salmah.
6. Masyarakat yang terlalu ekstrim dengan perjuangan Islam.
� Benny terpengaruh dengan perjuangan Islam yang ekstrim yang diketuai oleh Muhammad Attar sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
7. Masyarakat yang percaya kepada bomoh.
� Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh bomoh bukan
MODUL SOALAN DAN JAWAPAN
Soalan 4(a)
Berdasarkan satu novel yang anda pelajari huraikan dua kepincangan masyarakat yang dikemukkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
(7 markah)
Novel Melunas Rindu
Novel yang saya pelajari ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Kepincangan masyarakat ialah sifat-sifat negatif masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel. Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Ini jelas dibuktikan melalui peristiwa Cikgu Zamani yang tidak amanah dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Cikgu Zamani kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.
Selain itu terdapat juga masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Contohnya, Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Perbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.
(Markah Isi = 4, markah bahasa 3 = 7 markah)
Kabus Di Perbukitan
Novel yang saya pelajari ialan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah. Kepincangan masyarakat ialah sifat-sifat negatif masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel. Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga. Contohnya dapat dilihat dengan jelas melalui peristiwa penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan isterinya, Salmah. Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah telah menyebabkan Faridah dan Rahayu berpisah dan mendatangkan kesan buruk kepada Salmah dan Rahayu.
Selain itu, terdapat juga masyarakat yang longgar pegangan agama. Contohnya melalui peristiwa Melina yang masih minum arak walaupun Melina dididik mengikut ajaran Islam. Kepincangan masyarakat sedemikian sering berlaku dalam kalangan masyarakat yang longgar pegangan agamanya.
MODEL SOALAN DUA NOVEL
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari jelaskan dua kepincangan masyarakat daripada setiap novel. [8 markah]
Novel yang saya pelajari ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel yang saya pelajari ialan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah. Kepincangan masyarakat ialah sifat-sifat negatif masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel.
Antara kepincangan masyarakat yang dipaparkan ialah masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. dalam novel Melunas Rindu , kepincangan masyarakat ini jelas dilihat apabila Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Perbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula. Mejar(B) Kamarudin meninggalkan isterinya Salmah tanpa khabar berita dan tidak memberikan nafkah zahir batin terhadap isterinya.
Benny juga meninggalkan Melina tanpa khabar berita.
Kepincangan masyarakat yang seterusnya dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah masyarakat yang longgar pegangan agama. Sebagai contoh, Melina yang masih minum arak walaupun Melina dididik mengikut ajaran Islam. Kepincangan masyarakat sedemikian sering berlaku dalam kalangan masyarakat yang longgar pegangan agamanya.
Manakala dalam novel Melunas Rindu terdapat kepincangan masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Contoh jelas ialah melalui peristiwa Cikgu Zamani yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.
Cikgu Chom