10 Manfaat Terapi Muzik.
Muzik mempunyai kesan yang mendalam ke atas badan dan minda anda. Terapi muzik dapat mengurangkan tekanan seseorang dan dapat membantu meningkatkan penjagaan kesihatan. Ramai tidak menyedari manfaat terapi muzik. Ia sering diamalkan untuk menyembuhkan kemurungan, ketenangan dan mengurangkan ketegangan otot. Terapi muzik boleh membawa banyak faedah lain. Berikut adalah manfaatnya.
1. Muzik Membantu Fokus anda
Muzik dapat membantu anda memberi lebih tumpuan. Ramai berpendapat bahawa muzik membantu anda untuk memberi lebih tumpuan kepada satu perkara tertentu dan mengeluarkan anda dari fikiran yang bercelaru.
2. Membantu Mendapatkan Rentak Anda
Mendengar muzik yang tertentu boleh membantu anda berjalan atau berjalan dengan lebih cepat. Kadang-kadang badan anda berfungsi mengikut rentak muzik. Pilihan terbaik untuk senaman adalah lagu rentak tinggi yang sesuai dengan irama. Satu kajian di Universiti Brunel di West London telah mendedahkan bahawa muzik boleh membantu meningkat ketahanan sebanyak 15 peratus, dapat membantu untuk mengurangkan persepsi pengerahan tenaga semasa latihan, serta meningkatkan kecekapan tenaga antara satu hingga tiga peratus.
3. Ubat untuk Merawat Stress
Rasa tertekan? Ingin keluar dari perasaan itu? Hanya dengan mendengar muzik kegemaran anda! Muzik dapat bantu anda untuk keluar dari tekanan. Ia mengalihkan fikiran anda daripada semua fikiran yang negatif dalam diri anda. Ia akan memberikan kesan yang menenangkan kepada minda dan badan anda. Ia akan membantu anda untuk berehat dan membuatkan fikiran jadi lebih tenang. Ia juga dapat memwujudkan aura yang positif disekeliling anda.
4. Muzik adalah Individualisme
Ada satu benda yang tanpanya manusia tidak boleh hidup tanyanya. Ada yang gemar mendengar muzik, ada yang mewujudkan cinta melaluinya dan ada yang bermain muzik dan mencipta lagu. Muzik boleh dianggap sebagai cara yang terbaik untuk meluahkan keperibadian seseorang itu.
5. Melambangkan Emosi Anda
Muzik boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah kesihatan anda. Kini, pakar terapi cuba mengubati pesakitnya dengan menggunakan muzik dan imej. Mereka berpendapat ia boleh membantu mereka untuk masuk ke dalam minda bawah sedar pesakit mereka, ia dapat mengenalpasti punca dan penyelesaian masalah kemurungan.
6. Menenangkan
Muzik boleh diibaratkan sebagai sejenis minuman untuk otak anda. Ia membantu menyembuhkan pelbagai keadaan emosi dan fizikal. Ia telah terbukti berjaya kerana manusia mempunyai tindak balas yang khusus terhadap bunyi dan nada. Penyakit-penyakit seperti Dementia, Autism, dan insomnia boleh dibantu melalui terapi muzik. Mereka yang menghadapi masalah kemurungan boleh banyakkan mendengar muzik yang digemari.
7. Mempengaruhi Minda Anda
Dalam satu kajian, muzik mewujudkan getaran bunyi yang boleh menimbulkan gelombang otak anda. Ia biasanya bergantung kepada kelajuan rentak yang boleh membuatkan anda gelisah atau tenang. Anda dapat merasakan gelombang positif dan getaran dalam otak anda melalui meditasi.
8. Muzik Memberi Kesan Kepada Emosi Anda
Ia bukanlah perkara yang mengejutkan, muzik mempunyai hubungkait dengan perasaan atau mood anda. Muzik boleh membantu anda mewujudkan perasaan positif untuk menghindar perasaan tertekan dan celaru. Kebanyakkan saintis berpendapat bahawa dengan mendengar muzik yang ceria mampu membuatkan anda tersenyum dan gembira malah membuatkan anda menjadi lebih positif dalam menghadapi kehidupan seharian anda.
9. Stimulasi Neurologi
Manusia mempunyai tindak balas yang berbeza pada genre muzik yang berbeza. Sebagai contoh, jika kita bandingkan muzik klasik dan muzik rock, kita dapat rasakan muzik klasik lebih menenangkan dan selesa manakala muzik rock yang agak berat itu pasti akan meningkatkan degupan jantung anda. Melalui muzik rock, perasaan bimbang akan dihasilkan melalui otak anda. Anda perlu bijak memilih muzik yang lebih tenang dan bersesuaian dengan diri anda. Perasaan anda boleh bertukar dari marah kepada gembira hanya dengan mendengar muzik bersesuaian.
10. Membantu Menyembuhan Manusia.
Ia tidak mengejutkan bahawa terapi muzik semakin meningkat reputasinya. Terapi muzik banyak digunakan di hospital untuk membantu pesakit. Tambahan pula, muzik mempunya banyak budaya dan setiap daripada itu akan memberi kesan dan manfaat yang berbeza. Sesetengah orang mendengar muzik etnik mereka keran mendapati ianya lebih memberi kesan kepada diri mereka. Luangkan masa anda dengan bermediatasi dengan muzik yang lembut bagi memberi anda lebih ketenangan.